Adam, Disleksia & #In3tree

Assalamualaikum semua,


salam sayang semua


Kali ini entry kakak mengenal Adam anak akak yang kini berusia 12 tahun.


Kiranya bakal menduduki UPSR Tahun ini.

Seawal usia 6 tahun akak dah detect dia disleksia sbb kami ke kedai makan yg ada tulis sup tulang. Dia kata dia nak makan pus tulang.. Eh akak pun tengok, tulisan kat situ sup tapi kenapa dia baca pus.


Anak saya Adam, usia 12 tahun pd bulan May 2017 nanti. Dia disahkan mild disleksia seawal usia 7 tahun.


Bermula dengan bangun pagi, amat susah untuk dikejutkan. Saya sentiasa berdoa, Ya Allah permudahkanlah urusanku hari ini. Memang drama nak kejut Adam bangun pagi.

Dalam soal pembelajaran, setiap kali diajak belajar dan disuruh menulis macam2 alasannya dan adakalanya sampai menangis. Begitulah keadaannya selalu.



Pada bulan Jan 2017, saya masukkan Adam ke pusat tusyen dan memaklumkan keadaan Adam kpd guru. Selepas sebulan gurunya menelefon saya untuk berbincang. Dia kata Adam tidak bekerjasama  dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan, dan gurunya tidak mahu mengambil wang dari pelajar yang tidak belajar. Saya memang menangis dan sangat kecewa. Hanya doa yg saya panjatkan pada Allah supaya Allah bukakan pintu hati Adam untuk belajar. Dan meminta peluang dari gurunya untuk meneruskan tuisyen kerana saya pasti jika dirumah dia langsung takkan buat apa2. Adam berjanji untuk berubah.



Allahamdulilah hari ini 10 April 2017, Adam dah banyak berubah. Dia berusaha untuk membuat tugasan dan mempunyai target dalam pelajarannya. Apa yg saya nampak ada perubahan positif untuk dirinya. Dia akan cuba menyiapkan tugasannya.Dia ada target untuk masuk ke sekolah sukan. Dia berlatih memanah dan juga badminton dengan tekun. Dia ada target nak dapat 6A.

Update utk sekarang 2019, Adam mendapat 2c 2d 2e, setakat itu kemampuannya. Apa2pun saya bersyukur. Dia boleh membaca dengan baik walaupun kadang2 menulis dgn tidak berapa teratur. At least dia mencuba. Memang kadangkan keadaan di sekolah menyebabkan dia merasakan dia murid yang bodoh. Tetapi semasa tingkatan 1 dia berjaya mendapat 60% untuk subject Rekabentuk & Teknologi. Sesungguhnya jika dicuba bersungguh-sungguh in shaa Allah boleh Berjaya.

In shaa Allah, semoga Allah permudahkan.


Allahamdulilah dah 2 bulan bersama #in3tree. #in3tree ni supplement yang saya bagi adam makan setiap pagi sebelum ke sekolah. kadang2 dia skip juga tapi selalunya dia makan.


Terima kasih Allah. Terima kasih #in3tree.

Sent from my iPhone






Idaman Adam.. Motivasi UPSR
Inilah In3Tree

Catatan popular daripada blog ini

Makan-makan di Kerteh/Kertih Terengganu

Kedai Peralatan Memanah & Kelas Memanah Kuantan

Living in Abundance - Tuan Afnan Rosli