Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2015

Aliran Sains Tulen 2015

Salam   Dilema anak gadis saya. Aliran apakah yang harus diambil untuk Tingkatan 4 tahun 2015 ini? Hari ini Khamis, hari kelima persekolahan. Anak dara saya masih berfikir2.. Aliran apakah yang ingin diambil? Saya kata, ambillah apa yang kakak minat kerana yang ingin belajar adalah kakak. Mami hanya boleh membantu memberi semangat untuk kakak. Aliran Sains Tulen adalah yang paling menarik. Tapi apa2 pun terpulanglah kepada kakak. Saya tidak mahu memaksa Alia untuk memilih. Saya hanya memberi pandangan. Tapi saya banyak google dan meninjau pendapat2 lain. Saya rasa Sains Tulen terbaik untuk cinta hati saya. Kelebihan Aliran Sains Tulen MenDapat ilmu pengetahuan yang banyak.Korang nak tahu kenapa Penyakit Chicken Pox sekali seumur hidup? Korang nak tahu cara buat sabun sendiri? korang nak tahu macam mana nak tahu macam mana ombak terjadi? korang nak tahu macam mana kita boleh lapar semasa hujan turun? Korang nak tahu macam nak kira kelajuan kereta Formula one dengan hanya ber

Antara business & keluarga

As Salam wahai hamba Allah yg dikasihi Hari ini tangan gatal lagi untuk mengetuk keyboard. Iaitu di blog yang sentiasa menjadi teman mengubat dukaku. Kali ini nak berkongsi tentang perniagaan dan keluarga. Seperti yang kita tengok perniagaan keluarga banyak yang berjaya dan maju kerana wujudnya kerjasama yang erat dan mencapai misi yang sama . In shaa Allah kita boleh berjaya. Hari ini saya dan suami cuba membangunkan perniagaan nasi beriani. Suami invest duit dan masa untuk membangunkan kedai ini. Saya pula invest masa untuk follow up business, documentation, financial kedai, hati mak mentua, hati adik ipar. Jadual suami saya adalah bekerja di luar negara sebulan dan cuti sebulan. Sementara suami diluar negara, perniagaan dijalankan oleh mak mentua dan adik ipar. Ini bulan pertama buat kami semua. Masih ada masalah dan saya buntu untuk berfikir. Suami ketika ini diluar negara. Saya tahu mak mentua tidak larat kerana ada masalah jantung. Semalam dia mengalirkan airmata, katan

Ujian 2015

Luahan hati As salam semua Hari ni banyak benda sedih yang berlaku. Ujian Allah terhadap manusia sememangnya berterusan. Tahap redhaku tidaklah setinggi orang lain agaknya. Di mulut aku redha, di hati aku memaksa untuk redha. Pedih, perit, sakit & pilu. Hanya aku dah Allah yang tahu. Kadangkala aku bertanya, kenapa banyak sangat yang diuji, Tapi aku tahu orang lain mungkin banyak lagi ujiannya. Kalau dikatakan menangis boleh melegakan, aku menangis sendirian. Kalau dikatakan dengan solat aku boleh tenang, aku solat sebanyak yang aku mampu. Tetapi janji Allah memang pasti, setiap hamba pasti diuji. Untuk mengadu pada manusia, aku takut menjadi dosa pengumpat, menjadi dosa pengadu domba. Akhirnya.. aku simpan di dalam lubuk hati. Airmata sememangnya peneman yang setia. Hati ini terlalu banyak yang tercalar, tapi aku bertahan. Aku bertahan kerana aku berfikir, aku bertahan untuk kebaikan. Aku mesti positive. Setiap masalah mesti diatasi, susah atau senang... tapi hati tetap

Impian Hidup

Reminder of the Day Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan, Jadilah seperti yang kamu inginkan, karena kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan Berbuat baiklah dalam kehidupan ini kerana kamu akan disoal di sana nanti Untuk suami, terima kasih kerana menjadi lelaki terbaik dalam kehidupan ku. Mohon maaf atas segala kesilapan dan kekurangan isterimu ini.