Adam dan Disleksia


Salam semua,


Hari ini saya ingin menulis mengenai disleksia.

Semasa Adam berumur 6 tahun, Iperhatikan dia lambat membaca berbanding dengan adik beradik yang lain. Ketika dia berusia 7 tahun saya dapati dia membaca dengan terbalik.I baca satu artikel mengenai disleksia dan saya membawa Adam untuk diagnosis disleksia. laporan diagnosis mengatakan dia mengalami mild disleksia.

Hancur luluh hati bila mendengarnya. Tapi ku kuatkan semangat tak ingin menangis dihadapan Adam. Aku berusaha mencari solusi dan cara untuk mempertingkatkan kekuatan membaca dan menulisnya. Membaca nampak ok tapi sebenarnya kadangkala dia tak faham apa yang dibacanya.

Sekarang Adam berusia 8 tahun. Dari segi penulisan amat teruk sekali. Kadang dia tertinggal huruf apabila menulis, kadangkala dia tak mahu langsung menulis. Pujukan demi pujukan dan tak terkira berapa banyak airmata yg tumpah demi insan tersayang ini. Semoga Allah memberikanku semangat untuk terus mendidik dan membantu Adam. In Shaa Allah.

Ibu tetap menyayangi kamu sehingga habis nyawa ibu . Kasih ibu tiada galang gantinya sayang.

Tapi Ibu redha, setiap yg berlaku ada hikmahnya. Adam kata "mami jangan risau, Adam akan berjaya" In Shaa Allah.


Gambar Adam bersama Hanif. ( belakang)

- Posted using BlogPress from my iPad
Ok now nak update after 3 years. Sekarang Adam bersekolah di Darjah 5, Allahamdulilah dengan izin Allah dia dapat membaca dengan agak baik. Allahamdulilah dia juga boleh mengira dengan agak baik. Ada sekali-sekala dia tulis terbalik tapi amat jarang berlaku sekarang ini. Cuma dia memang agak lemah dalam Bahasa Melayu, apabila ingin membuat karangan, dia terkial2 untuk mereka ayat. Saya sebagai ibunya memang memainkan peranan untuk membantunya. Setiap malam ada sesi belajar bersama dengan Adam. Saya tolong setakat yang termampu, selebihnya saya serah kpd Allah. Rezeki Adam di atas dunia ini milik Allah. Kepada mereka yang mempunyai anak disleksia, bertabahlah. Pujuk, didik, asuh dan belai mereka. In Shaa Allah ada hasilnya. Buat masa sekarang Adam ada sesi dengan Therapist. Saya ingin memohon kad OKU untuk Adam sebab utamanya ialah kalau di izin Allah, dgn kad OKU, masa exam nanti dia boleh mendapat masa tambahan. Amat penting untuk dia mendapat masa tambahan kerana pergerakan penulisan yang agak perlahan dan susunan hurufnya tidak berapa tersusun. Hanya Allah sahaja yang tahu apa hikmah disebalik ini semua. Saya hanya perlu bersangka baik. Aminn

Catatan popular daripada blog ini

Makan-makan di Kerteh/Kertih Terengganu

Kedai Peralatan Memanah & Kelas Memanah Kuantan

Living in Abundance - Tuan Afnan Rosli