Jalan2 cuti KL

Salam, Kali ni kita lari dari tajuk sebab nak cerita trip cuti sekolah ke KL pada 03-07/12/12.
Bertolak dari Kerteh malam 03/12/12. Check in rumah adik dekat Hartamas. Hari pertama kami pergi ke Pusat Sains Negara. Sebenarnya Pusat Sains ini mempunyai byak alatan untuk pembelajaran tetapi sayangnya byak alatan yg rosak dan dalam proses pembaikpulihan. Harga ticket juga adalah murah Dan berbaloi. Selepas penat meronda di Pusat Sains saya ke rumah makcik di Kelana Jaya untuk keropok delivery. Selepas itu Makcik belanja dinner @ Fish & Co Paradigm Mall. Tq Sue ..




Hari kedua. Kami melawat KL Tower.. Hrmm actually ini first time kami ke KL Tower. Zaman dulu2 kengkonon inilah tugu cintaku., huhu. Ticket agak mahal juga dan ada limited fun sahaja. Tak byak boleh explore kecuali view cahaya KL di malam hari. Kalau nak makan kat restoran berputar kena by reservation only, Kalau x book x boleh tau.Total Harga ticket kami berlima Rm125 dengan dua game formula one (lumba kereta pakai screen komputer). Rasa kurang berbaloi. Dari segi game yg dioffer pun x byak. Pony ride, formula one dan apatah lagi .. Serious x berapa menarik perhatianku.




Hari ke tiga.. Pagi- pagi budak2 ni dah Bangun untuk ke sini. Dia orang nak pergi selalu tempat ni.. Berkali-kalipun tak apa. Oklah at least tempat ini byak bagi mereka permainan minda. Harga ticket .. Sangat berbaloi...




Hari ke-empat sebenarnya nak ke sini.




So disebabkan kekangan masa dan tak dapat approval dari Boss Besar tak jadilah kita ke Kidzania. Tapi Boss sudi menggantikan dengan acara ini.




Acara melawat kawan-kawan dekat Zoo Negara. My review is.. Tiket nak masuk mahal. Dua orang dewasa cost RM50 dan 3 org kanak2 RM18.
Naik trem pulak RM12 dan parking RM5.50 utk 2 jam. Agak tak berbaloi tp sebab nak tolong jaga binatang2 kita kira kita donate je duit itu. Binatang tak banyak sangat. Jika dibandingkan dengan Zoo kat Sabah, di sana lebih meriah. Itulah acara jalan2 cuti Sekolah December 2012.
from my iPad

Location:Kuala Lumpur

Catatan popular daripada blog ini

Makan-makan di Kerteh/Kertih Terengganu

Kedai Peralatan Memanah & Kelas Memanah Kuantan

Living in Abundance - Tuan Afnan Rosli