Adam, Disleksia & #In3tree
Assalamualaikum semua, salam sayang semua Kali ini entry kakak mengenal Adam anak akak yang kini berusia 12 tahun. Kiranya bakal menduduki UPSR Tahun ini. Seawal usia 6 tahun akak dah detect dia disleksia sbb kami ke kedai makan yg ada tulis sup tulang. Dia kata dia nak makan pus tulang.. Eh akak pun tengok, tulisan kat situ sup tapi kenapa dia baca pus. Anak saya Adam, usia 12 tahun pd bulan May 2017 nanti. Dia disahkan mild disleksia seawal usia 7 tahun. Bermula dengan bangun pagi, amat susah untuk dikejutkan. Saya sentiasa berdoa, Ya Allah permudahkanlah urusanku hari ini. Memang drama nak kejut Adam bangun pagi. Dalam soal pembelajaran, setiap kali diajak belajar dan disuruh menulis macam2 alasannya dan adakalanya sampai menangis. Begitulah keadaannya selalu. Pada bulan Jan 2017, saya masukkan Adam ke pusat tusyen dan memaklumkan keadaan Adam kpd guru. Selepas sebulan gurunya menelefon saya untuk berbincang. Dia kata Adam tidak bekerjasama dal