Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2015

Peluang datang hanya sekali

As salam Hari ni nak cerita pasal pelaburan hartanah Saya memang tengah mencari untuk membeli tanah ditepi jalan raya. Kisahnya, mula2, saya nak beli rumah kedai. Selepas memikirkan bahawa harga rumah kedai sentiasa meningkat dari semasa ke semasa, kini saya menyesal tidak membeli pada waktu dahulu. Masa saya survey 3 tahun lepas, harga rumah kedai di kerteh pada masa itu baru dlam 360k, sekarang harganya sudah 520k. Menangislah nak makan apa kalau beli rumah kedai itu. Sehinggalah minggu lepas, saya lalu dari Bukit Bauk menghala ke Kerteh, saya tengok ada iklan lot kedai untuk dijual. Saya teruja. Mungkin in shaa Allah ini rezekiku. Saya cuba call nombor yang diberikan. Harganya memang tak munasabah tapi...saya fikir ...akan datang lagilah tak munasabah. Saya mohon doa pada Allah, semoga ini yang terbaik untuk saya. Saya nak ambil peluang ini. Jadi sekarang saya dalam proses nak membeli. Semoga saya berjaya In shaa Allah.

Kisah anak remaja lelaki - 13 tahun

As Salam Begitu cepat rasanya masa berlalu. Anakku dah melangkah ke alam remaja. Kebelakangan ini banyak benda yang dibuat unexpected kata omputih. Dia buat hal tak mahu pergi sekolah tempat dia belajar sekarang. Alasannya sekolah tu balik lambat dan jauh. Memang aku memilih sekolah Al Amin untuk dia, kerana aku tahu hanya itulah sekolah yg terbaik untuk dia. Kalau dia tidak nampak sekarang, dia akan tahu bila dia besar nanti. Bukannya sekolah lain tidak bagus, sekolah lain pun ada keistimewaan tersendiri. Keputusan UPSR dia ialah 2A 3B. Itu yang dia dpat. Untuk memohon ke sekolah agama lain agak payah. Allahamdulilah Al Amin kemaman menerima dia dengan hati yang terbuka. Aku berdoa semoga dia baik2 saja di sekolah itu. Aku doakan dia mendapat kawan yang baik dan ilmu yang bermanafaat untuk kebaikan semua. Kisah bermula,... Minggu ini minggu sukan. Suatu hari dia sampai di rumah dlam pukul 8.20 mlm. Rutin malam kami mengaji quran di rumah ustazah. So aku ambik dia dan bawa