Persiapan menuju Rinjani 24 Oct 2014
As Salam Hari ni dah 19 October 2014, hanya tinggal lebih kurang 3 hari lagi untuk mendaki ni... Apa yang aku dah buat? Owh... Ya Allah kurniakanlah aku kesihatan yang baik, stamina yang kuat dan ketabahan mental. Perasaaan takutpun ada...maklumlah tidak semudah itu untuk ke Puncak Rinjani. Allah, tabahkan hatiku, kurniakan segala kebaikan untuk aku melihat keindahan Alam ciptaanmu di depan mataku. Hari selasa akan menjadi hari terakhir untuk training. Rabu malam kami akan bertolak. Anak2 akan diuruskan oleh suami yang terbaik di alam ini yang Allah telah kurniakan kepadaku. Bersyukurlah wahai diri kerana aku pasti aku takkan jumpa lelaki lain sebaik dia di kehidupan ini. Terima kasih suamiku. Ampunkan dosa2 isterimu ini. Okay, antara training yang aku dah buat:- 1) Step exercise e.g Naik turun tangga, panjant tangga kat plant (dah setahun setengah kerja kat Petronas Penapisan Terengganu ini baru ada peluang memanjat CCR) 2) Jogging 3) Kayuh basikal Ya Allah, se